Archive for Pentadbiran

Tahniah SHAMS, 127 Straigh A’s

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini sekali lagi SHAMS mencatat sejarah kerana seramai 127 orang daripada 274 orang

calon PMR tahun ini mendapat 9A dalam semua mata pelajaran. Manakala 85 orang pula

berjaya mendapat 8A. Keputusan ini merupakan satu kejayaan yang besar dan

membanggakan warga SHAMS khasnya dan juga semua warga JPN Terengganu kerana

SHAMS merupakan salah sebuah sekolah harapan JPNT dalam memartabatkan pendidikan

di negeri Terengganu Darul Iman.

Tahniah buat pelajar, tahniah buat guru dan tahniah buat semua warga pendidikan.

Di bawah dilampirkan senarai pelajar yang mendapat 9A dan 8A.

Lampiran : Senarai 9A , Senarai 8A

Leave a comment »

LADAP Kali Ketiga Sesi 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stres kepada semua guru dan staf akan diadakan pada :

Hari : Sabtu

Tarikh : 12 September 2009

Masa : 8.15 pagi

Semua guru dan staf diwajibkan hadir. Komitmen tinggi tuan-tuan diucapkan ribuan terima kasih.

PK Pentadbiran

Comments off

UPSR bermula hari ini

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah bermula pada hari ini walaupun negara masih dilanda wabak penyakit H1N1. Peperiksaan ini dijalankan mengikut jadual asal tanpa berlaku penangguhan.

Bagi memastikan perjalanan peperiksaan ini berjalan lancar tanpa berlaku gangguan dan ancaman wabak H1N1, semua calon akan diperiksa suhu badan mereka bagi mengenalpasti calon yang disyaki dijangkiti virus ini untuk diasingkan ke bilik khas.

Selamat menduduki peperiksaan, semoga berjaya dengan cemerlang. Amin. 

SKBBU 2 / PEPERIKSAAN UPSR 2009.

GURU memeriksa suhu badan murid-murid yang menduduki peperiksaan pada hari pertama peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 (SKBBU 2), Johor Bahru, pagi ini. Gambar bawah, murid-murid tekun menghadapi peperiksaan. – Foto Hairul Anuar Abd Rahim. Sumber : www.bharian.com.my

Comments off

Jadual Peperiksaan Awam 2009

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam damai. Berikut adalah pautan untuk jadual bagi SEMUA peperiksaan awam 2009. Klik pautan untuk muat turun jadual.

UPSR 2009

PMR 2009

SPM 2009

STAM 2009

STPM 2009

Selamat menghadapi peperiksaan untuk semua calon.

Selamat Menduduki Peperiksaan Awam 2009 

Comments off

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.