Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Bersempena dengan bulan ramadhan al-mubarak dan bulan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Kebajikan SHAMS akan mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Miskin Sempena Ramadhan 2009 pada :
Tarikh : 16 September 2009
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Baru SHAMS
Anjuran : Jawatankuasa Kebajikan, SMKA Sheikh Abdul Malek.
Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi membantu meringankan beban pelajar yang miskin dalam melengkapkan diri untuk menyambut syawal yang bakal menjelang tidak lagi.
Di sini, pihak majlis ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah, PIBG SHAMS, guru serta semua warga SHAMS yang menghulurkan sumbangan ikhlas untuk pelajar miskin dan anak yatim sempena Ramadhan al-Mubarak ini. Semoga segala sumbangan dan derma ikhlas ini diberkati Allah SWT.
Untuk maklumat lanjut, sila klik dan muat turun pada lampiran pamplet di bawah.
Lampiran : Pamplet Sumbangan Pelajar Miskin


