Archive for September, 2009

Majlis Hari Raya SHAMS 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam i’dilfitri,

Untuk makluman semua warga SHAMS, majlis hari raya akan diadakan pada 1 Oktober 2009 bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Oleh itu, diharap semua warga SHAMS dapat membuat persiapan lebih awal supaya majlis berjalan dengan lebih lancar. Diharap kita semua bergembira di hari raya ini dan jangan kita lupa pada mereka yang telah tiada. Sekian, harap maklum.

Leave a comment »

Majlis Solat Hajat Sempena Peperiksaan PMR,SPM & STPM Kali Kedua Tahun 2009

Kepada Waris Pelajar, Guru-Guru dan Kakitangan Sokongan SHAMS.

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia,

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SHAMS akan mengadakan program tersebut sebagaimana berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2009 (Khamis)

Masa : 6.30 petang hingga 9.00 malam

Tempat : Surau Al-Maidah, SHAMS

Tentatif Majlis

6.30 petang :

Ketibaan Jemputan

Solat Maghrib

Ucapan Aluan Pengetua

Solat Hajat

Bacaan Yasin

Solat Isyak

9.00 malam :

Jamuan

Bersurai

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput dan mempersilakan tuan /puan hadir ke majlis tersebut.

Kerjasama dan komitmen tinggi tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Pengetua SHAMS

Comments off

Majlis Salam Aidilfitri Sempana Syawal 1430H/2009M

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Majlis di atas akan diadakan pada 17 September 2009 pada jam 10.00 pagi. Sehubungan dengan itu, dijemput semua pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar ke Dewan Besar SHAMS pada masa dan hari yang telah ditetapkan di atas.

Bagi anda yang ingin menghantar ucapan raya, sila tinggalkan komen di bawah. Sekian,harap maklum.

Comments (3) »

Salam Takziah Buat Pengetua SHAMS

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Dimaklumkan bahawa ibu kepada Tuan Haji Megat Abu Bakar bin Megat Husin telah kembali rahmatullah pada hari Selasa, 15 September 2009. Bagi pihak pengurusan, guru-guru, staf sokongan, pelajar-pelajar dan semua warga SHAMS mengucapkan salam takziah buat tuan pengetua. Semoga roh Allahyarhamah di tempat di kalangan orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa di sisi Allah S.W.T. Marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah buat roh Allahyarhamah, Al-Fatihah.

Sila tuliskan ucapan salam takziah di rungan komen di bawah.

Al-Fatihah

Comments (1) »

Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Miskin Sempena Ramadhan 2009

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Bersempena dengan bulan ramadhan al-mubarak dan bulan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Kebajikan SHAMS akan mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Miskin Sempena Ramadhan 2009 pada :

Tarikh : 16 September 2009

Hari : Rabu

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Baru SHAMS

Anjuran : Jawatankuasa Kebajikan, SMKA Sheikh Abdul Malek.

Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi membantu meringankan beban pelajar yang miskin dalam melengkapkan diri untuk menyambut syawal yang bakal menjelang tidak lagi.

Di sini, pihak majlis ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak  pengurusan sekolah, PIBG SHAMS, guru serta semua warga SHAMS yang menghulurkan sumbangan ikhlas untuk  pelajar miskin dan anak yatim sempena Ramadhan al-Mubarak  ini.  Semoga segala sumbangan dan derma ikhlas ini diberkati  Allah SWT.

Untuk maklumat lanjut, sila klik dan muat turun pada lampiran pamplet di bawah.

Lampiran : Pamplet Sumbangan Pelajar Miskin

Comments off

Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa SHAMS Ramadhan 1430H

MAJLIS KHATAM AL-QURAN &

BERBUKA PUASA

SEMPENA PROGRAM PERDANA IHYA’ RAMADHAN

1430H / 2009M

Tarikh:
14 September 2009 /

25 Ramadhan 1430H

(Isnin)

Masa:
5.00 ptg hingga 9.30 malam

Tempat:
Surau Al Maidah SHAMS,

SMKA Sheikh Abdul Malek,

Kuala Terengganu.

Jemputan :

Tetamu Kehormat,

Semua guru, staf sokongan dan Kakitangan Swasta

Tentatif Program

5.00 petang

- Peserta Khatam Al-Quran mengambil tempat.

5.20 petang

- Majlis Khatam A-Quran bermula.

6.30 petang

- Ketibaan Tetamu Jemputan &

Tetamu Kehormat.

- Ucapan Aluan Tuan Pengetua

- Ucapan Yang Berbahagia Tuan Pengarah,

Bahagian Pendidikan Islam (BPI).

- Munajat Jamaie

- Majlis Berbuka Puasa

- Solat Maghrib Berjamaah

- Jamuan

- Solat Isyak

- Solat Tarawih

- Moreh

9.30 malam

- Bersurai

Comments off

Lagu Raya Online

Assalamualaikum,
Kepada para pengunjung yang ingin mendengar koleksi lagu hari raya sempena syawal yang akan menjelang tiba, sila layari laman web di bawah ini. Sekian, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Sila klik : Lagu Raya

Leave a comment »

LADAP Kali Ketiga Sesi 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stres kepada semua guru dan staf akan diadakan pada :

Hari : Sabtu

Tarikh : 12 September 2009

Masa : 8.15 pagi

Semua guru dan staf diwajibkan hadir. Komitmen tinggi tuan-tuan diucapkan ribuan terima kasih.

PK Pentadbiran

Comments off

Mesyuarat PIBG Kali Ketiga Sesi 2009/2010

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan sebagaimana tetapan berikut :

Tarikh  10 September 2009 
 Masa 2.00 petang 
 Tempat Bilik Mesyuarat SHAMS (Lama) 

Sehubungan dengan itu, semua ahli jawatankuasa PIBG dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. 

Sekian, harap maklum.

Comments off

UPSR bermula hari ini

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah bermula pada hari ini walaupun negara masih dilanda wabak penyakit H1N1. Peperiksaan ini dijalankan mengikut jadual asal tanpa berlaku penangguhan.

Bagi memastikan perjalanan peperiksaan ini berjalan lancar tanpa berlaku gangguan dan ancaman wabak H1N1, semua calon akan diperiksa suhu badan mereka bagi mengenalpasti calon yang disyaki dijangkiti virus ini untuk diasingkan ke bilik khas.

Selamat menduduki peperiksaan, semoga berjaya dengan cemerlang. Amin. 

SKBBU 2 / PEPERIKSAAN UPSR 2009.

GURU memeriksa suhu badan murid-murid yang menduduki peperiksaan pada hari pertama peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 (SKBBU 2), Johor Bahru, pagi ini. Gambar bawah, murid-murid tekun menghadapi peperiksaan. – Foto Hairul Anuar Abd Rahim. Sumber : www.bharian.com.my

Comments off

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.