Lawatan Penanda Aras JPN Johor

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pagi tadi lebih kurang jam 10.45 am telah berlangsung satu lawatan penanda aras dari JPN Johor ke SHAMS. Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Megat Abu Bakar bin Megat Husin bersama barisan pentadbiran yang lain serta guru yang terlibat dalam JK Lawatan Dalaman SHAMS. Rombongan ini telah melawat ke JPN Terengganu sebelum datang melawat ke SHAMS.

Antara agenda lawatan ini ialah

1. Ucapan aluan  pengerusi majlis.

2. Ucapan Tuan Pengetua SHAMS.

3. Persembahan Multimedia.

4. Ucapan Wakil Rombongan.

5. Sesi soal jawab/Perkongsian Pengalaman

Lawatan ini telah bersurai lebih kurang jam 12.30 pm, dan akan bertolak ke SMK Padang  Midin untuk lawatan seterusanya.

Leave a comment »

Tahniah SHAMS, 127 Straigh A’s

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini sekali lagi SHAMS mencatat sejarah kerana seramai 127 orang daripada 274 orang

calon PMR tahun ini mendapat 9A dalam semua mata pelajaran. Manakala 85 orang pula

berjaya mendapat 8A. Keputusan ini merupakan satu kejayaan yang besar dan

membanggakan warga SHAMS khasnya dan juga semua warga JPN Terengganu kerana

SHAMS merupakan salah sebuah sekolah harapan JPNT dalam memartabatkan pendidikan

di negeri Terengganu Darul Iman.

Tahniah buat pelajar, tahniah buat guru dan tahniah buat semua warga pendidikan.

Di bawah dilampirkan senarai pelajar yang mendapat 9A dan 8A.

Lampiran : Senarai 9A , Senarai 8A

Leave a comment »

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Negeri Terengganu 2009

Assalamualaikum…

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2009 telah disempurnakan oleh

YAB Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu pada penghujung tahun lepas.

Dalam majlis ini, SHAMS telah mendapat beberapa anugerah kecemerlangan seperti

Pencapaian PMR Terbaik, Pencapaian SPM Terbaik, Tokoh Nilam Kebangsaan,

Johan Kuiz Pengguna Kebangsaan dan Johan Melukis Poster PPDA Kebangsaan.

Tahniah buat SHAMS, teruskan kecemerlangan pada tahun ini.

Leave a comment »

Sekilas Pandang Program Ahlan Wasahlan Delima SHAMS Tingkatan 1 Tahun 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program ini sedang berlangsung bermula pada 3 hingga 14 Januari 2010 sempena

kemasukan pelajar baru Tingkatan 1 ambilan 2010. Difahamkan hampir 1,000 calon 5A

UPSR 2009 seluruh negeri Terengganu yang memohon untuk memasuki ke SHAMS.

Setakat hari ini sudah hampir 240 orang pelajar yang berjaya mendaftar dan memulakan

sesi persekolahan di SHAMS. Tahniah buat anda semua pelajar Tingkatan 1 kerana anda

adalah pelajar yang terbaik dari kalangan yang terbaik di seluruh Terengganu kerana

terpilih menjadi warga SHAMS. Tahniah, teruskan kecemerlangan anda di SHAMS.


Leave a comment »

Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA SEKOLAH SHAMS YANG TELAH BERJAYA MEWAKILI TERENGGANU KE PERTANDINGAN KUIZ PENGGUNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 YANG AKAN DIADAKAN DI HOTEL REGENCY IPOH PERAK PADA 4 – 7 OKTOBER 2009

” KAMI WARGA SEKOLAH MENDOAKAN ANDA SEMUA MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG DALAM KUIZ TERSEBUT INSYA ALLAH, BUATLAH YANG TERBAIK DEMI KECEMERLANGAN ANDA, SEKOLAH DAN NEGERI ANDA”

PENGETUA SHAMS

Comments off

Majlis Hari Raya SHAMS 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam i’dilfitri,

Untuk makluman semua warga SHAMS, majlis hari raya akan diadakan pada 1 Oktober 2009 bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Oleh itu, diharap semua warga SHAMS dapat membuat persiapan lebih awal supaya majlis berjalan dengan lebih lancar. Diharap kita semua bergembira di hari raya ini dan jangan kita lupa pada mereka yang telah tiada. Sekian, harap maklum.

Leave a comment »

Majlis Solat Hajat Sempena Peperiksaan PMR,SPM & STPM Kali Kedua Tahun 2009

Kepada Waris Pelajar, Guru-Guru dan Kakitangan Sokongan SHAMS.

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia,

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SHAMS akan mengadakan program tersebut sebagaimana berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2009 (Khamis)

Masa : 6.30 petang hingga 9.00 malam

Tempat : Surau Al-Maidah, SHAMS

Tentatif Majlis

6.30 petang :

Ketibaan Jemputan

Solat Maghrib

Ucapan Aluan Pengetua

Solat Hajat

Bacaan Yasin

Solat Isyak

9.00 malam :

Jamuan

Bersurai

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput dan mempersilakan tuan /puan hadir ke majlis tersebut.

Kerjasama dan komitmen tinggi tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Pengetua SHAMS

Comments off

Majlis Salam Aidilfitri Sempana Syawal 1430H/2009M

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Majlis di atas akan diadakan pada 17 September 2009 pada jam 10.00 pagi. Sehubungan dengan itu, dijemput semua pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar ke Dewan Besar SHAMS pada masa dan hari yang telah ditetapkan di atas.

Bagi anda yang ingin menghantar ucapan raya, sila tinggalkan komen di bawah. Sekian,harap maklum.

Comments (3) »

Salam Takziah Buat Pengetua SHAMS

Assalamualaikum dan salam perpaduan, Dimaklumkan bahawa ibu kepada Tuan Haji Megat Abu Bakar bin Megat Husin telah kembali rahmatullah pada hari Selasa, 15 September 2009. Bagi pihak pengurusan, guru-guru, staf sokongan, pelajar-pelajar dan semua warga SHAMS mengucapkan salam takziah buat tuan pengetua. Semoga roh Allahyarhamah di tempat di kalangan orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa di sisi Allah S.W.T. Marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah buat roh Allahyarhamah, Al-Fatihah.

Sila tuliskan ucapan salam takziah di rungan komen di bawah.

Al-Fatihah

Comments (1) »

Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Miskin Sempena Ramadhan 2009

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Bersempena dengan bulan ramadhan al-mubarak dan bulan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Kebajikan SHAMS akan mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Miskin Sempena Ramadhan 2009 pada :

Tarikh : 16 September 2009

Hari : Rabu

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Baru SHAMS

Anjuran : Jawatankuasa Kebajikan, SMKA Sheikh Abdul Malek.

Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi membantu meringankan beban pelajar yang miskin dalam melengkapkan diri untuk menyambut syawal yang bakal menjelang tidak lagi.

Di sini, pihak majlis ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak  pengurusan sekolah, PIBG SHAMS, guru serta semua warga SHAMS yang menghulurkan sumbangan ikhlas untuk  pelajar miskin dan anak yatim sempena Ramadhan al-Mubarak  ini.  Semoga segala sumbangan dan derma ikhlas ini diberkati  Allah SWT.

Untuk maklumat lanjut, sila klik dan muat turun pada lampiran pamplet di bawah.

Lampiran : Pamplet Sumbangan Pelajar Miskin

Comments off

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.